Donald Trump dan Raja Abdullah II bergambar bersama selepas pertemuan di White House. foto NBC News

WASHINGTON – Raja Abdullah II sekali lagi mengulangi pendirian teguh Jordan yang menolak rancangan Donald Trump untuk memindahkan penduduk Gaza dan Tebing Barat semasa dalam pertemuan mereka di White House.

Tegas beliau, keputusan ini adalah pendirian bersama dunia Arab.

“Saya mengulangi pendirian teguh Jordan terhadap pemindahan penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

“Keutamaan semua pihak adalah menangani situasi kemansiaan membina semula Gaza tanpa mengusir penduduknya,” tulisnya di X.

Beliau berkata, mencapai keamanan yang adil berdasarkan penyelesaian dua negara adalah cara untuk memastikan kestabilan serantau.

Dalam pertemuan itu, Raja Abdullah memberitahu Trump, negaranya boleh mengambil 2,000 kanak-kanak Palestin dari Gaza sakit teruk atau menghidap kanser.

Setakat ini sudah ada lebih 2 juta pelarian Palestin di Jordan, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestindan  kebanyakan mereka mempunyai kewarganegaraan..

Cadangan Trump untuk “memiliki” Semenanjung Gaza dan menempatkan semula penduduknya telah mencetuskan tentangan daripada negara Arab dan daripada pemimpin dunia di seluruh dunia yang sebahagian besarnya menyokong penyelesaian dua negara.

Bagaimanapun, Trump tidak menyerahkan kalah dengan cadangan itu dan meneruskannya beberapa hari kemudian mendesak ideanya untuk mengambil alih dan membangunkan wilayah itu selepas pertama kali mengumumkannya minggu lalu semasa lawatan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di White House.

Dalam temu bual dengan Fox News yang disiarkan pada malam Isnin, Trump berkata,  mereka yang meninggalkan Gaza tidak akan mempunyai hak untuk kembali dan menamakan Mesir dan Jordan sebagai dua negara yang akan mengambil rakyat Palestin.

Trump berkata, ia adalah projek yang beliau mahu mulakan “hampir serta-merta.” selepas merujuk wilayah itu sebagai tapak perobohan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here