Oleh: S. Saravana Kumar dan Nur Amira Ahmad Azhar
BAJET 2025 telah mengambil langkah untuk mengukuhkan ketahanan ekonomi dan merangsang pertumbuhan ekonomi selanjutnya dengan peruntukan yang signifikan sebanyak RM421 bilion. Dasar cukai dan fiskal yang progresif serta perlaksaan yang baik boleh menjadi alat untuk memperbaiki persekitaran hak asasi manusia di Malaysia.
Hari ini, hak asasi manusia merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, kehidupan, kebebasan dan keselamatan, hak untuk mendapatkan pendidikan dan taraf hidup yang sihat. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menegaskan, walaupun Bajet 2025 mencerminkan langkah positif dalam dasar fiskal dan pembangunan Malaysia, ia masih gagal dalam menangani kebimbangan hak asasi manusia yang kritikal, terutamanya dalam aspek yang melibatkan golongan terpinggir dan rentan.
Pendapatan cukai adalah sumber utama pendapatan yang digunakan oleh kerajaan untuk membiayai penyediaan barang dan perkhidmatan awam yang penting seperti sekolah, hospital dan infrastruktur fizikal, serta sistem polis dan kehakiman yang penting dalam menegakkan hak asasi manusia.
Manfaat cukai
Amnesty International dalam satu laporan bertajuk “What’s Tax Got to Do with It: A Resource Guide on Tax and Human Rights” menekankan empat R dalam manfaat cukai: mobilisasi sumber, peraturan dan penetapan semula harga, pengagihan semula dan perwakilan (resource mobilisation, regulation and repricing, redistribution and representation).
Cukai adalah alat yang digunakan oleh kerajaan untuk membiayai jaminan dan promosi hak asasi manusia. Sistem cukai yang adil dan efektif dapat menggerakkan sumber untuk membiayai perkhidmatan awam yang menegakkan hak asasi manusia seperti, tetapi tidak terhad kepada, kesihatan dan pendidikan.
Dasar cukai juga digunakan sebagai alat peraturan atau penetapan semula harga untuk mempengaruhi pelbagai tingkah laku yang membawa kepada hasil yang dianggap negatif. Sebagai contoh, cukai ke atas produk tembakau menjadikan merokok lebih mahal, mendorong lebih ramai orang berhenti merokok dan akhirnya mengurangkan bebanan sistem kesihatan awam akibat penyakit berkaitan merokok. Oleh itu, langkah ini turut menyokong dan memperkukuhkan jaminan hak kepada kesihatan.
Selain itu, cukai berperanan penting dalam menangani ketidaksamaan sosial melalui pengagihan semula kekayaan. Dasar cukai yang bersifat regresif berpotensi memperburuk jurang pendapatan dalam negara. Sebaliknya, cukai progresif dapat digunakan untuk membiayai dasar dan program yang bertujuan mengurangkan ketidaksamaan ini serta memastikan setiap individu mempunyai akses saksama terhadap hak asasi manusia yang sewajarnya.
Cukai turut memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hak asasi manusia melalui prinsip akauntabiliti. Cara kerajaan mengurus sumber, serta menggunakan legitimasi dan kuasa institusinya melalui dasar cukai, boleh sama ada mengukuhkan atau melemahkan akauntabiliti terhadap rakyat, sekali gus membentuk asas kontrak sosial.
Di Malaysia, terdapat desakan yang semakin kuat daripada masyarakat sivil agar kerajaan melaksanakan dasar cukai yang telus dan bertanggungjawab. Langkah ini bertujuan memastikan hasil cukai digunakan untuk manfaat kepentingan awam, menegakkan hak asasi manusia, dan menjamin akses ‘ganti rugi’.
Ganti rugi dalam konteks dasar cukai merujuk kepada pemberian pampasan kewangan atau bentuk bantuan lain kepada individu atau komuniti yang telah mengalami kerugian, terutamanya akibat ketidakadilan sejarah. Perbincangan ini sering tertumpu kepada golongan etnik dan sosial yang terpinggir, termasuk mereka yang terpaksa berpindah akibat pembangunan ekonomi ortodoks.
Di Malaysia, komuniti pribumi terus menuntut ganti rugi berikutan isu seperti pengusiran dan pemindahan paksa. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah menekankan walaupun Bajet 2025 memperuntukkan projek infrastruktur untuk komuniti luar bandar dan pribumi, ia masih gagal menangani isu perlindungan hak tanah orang asal. Suhakam juga menamba, penyertaan orang asli dalam proses membuat keputusan berkaitan projek pembangunan masih terhad, sering menyebabkan pengusiran dan kehilangan hak terhadap tanah adat mereka.
Sistem cukai yang adil
Sistem cukai yang adil adalah asas penting untuk menghasilkan sumber kewangan maksimum yang diperlukan bagi membiayai perlaksanaan hak asasi manusia. Untuk
dianggap adil, sistem cukai perlu berlandaskan prinsip keadilan atau kesaksamaan, kecukupan, kesederhanaan, ketelusan, dan kemudahan pentadbiran. Sistem cukai yang adil dan saksama memastikan setiap individu membayar cukai yang sepatutnya berdasarkan kemampuan mereka.
Ini bermakna individu dalam situasi kewangan yang serupa membayar jumlah cukai yang setara, manakala mereka yang berpendapatan lebih tinggi menyumbang sekurang-kurangnya peratusan pendapatan yang sama atau lebih tinggi berbanding golongan berpendapatan rendah. Individu di bawah ambang pendapatan
minimum untuk percukaian tidak dikenakan cukai. Sistem yang adil mampu mengutip dana maksimum yang diperlukan untuk mempromosikan kesaksamaan sosial.
Selain itu, sistem cukai yang adil juga menjamin kecukupan pendapatan untuk membiayai keperluan asas masyarakat dan memenuhi permintaan terhadap perkhidmatan awam. Tahap kecukupan ini diukur dengan mengambil kira sumber pendapatan negara yang lain serta perbandingan dengan negara-negara dalam kumpulan pendapatan yang serupa.
Dari sudut pandang pembayar cukai, sistem yang adil harus mudah untuk difahami dan diuruskan. Semakin rumit sistem tersebut, semakin tinggi kos pematuhan yang perlu ditanggung oleh pembayar cukai dan agensi pengutipan. Sebaliknya, sistem pengemukaan cukai yang ringkas dapat mengurangkan risiko pengelakan dan penipuan cukai.
Sistem cukai yang telus pula memudahkan orang ramai untuk mendapatkan maklumat tentang percukaian, termasuk siapa yang wajib membayar cukai, jenis pengecualian yang tersedia, serta bagaimana hasil cukai digunakan untuk kepentingan awam. Akhir sekali, kemudahan pentadbiran dalam sistem cukai merujuk kepada kecekapan dan keberkesanan pengurusannya. Peraturan harus jelas, diketahui umum, dan mudah dilaksanakan. Kerajaan perlu memastikan cukai dikutip dengan tepat pada masanya, audit dijalankan secara adil dan efisien, serta kos pentadbiran adalah minimum berbanding jumlah cukai yang dikutip.
Cabaran dengan hak asasi manusia dan cukai
Bagi ramai, pengelakan cukai korporat merupakan halangan besar untuk memastikan percukaian yang adil dan menjamin serta mempromosikan hak asasi manusia. Pengelakan cukai korporat boleh berlaku dalam bentuk harga pemindahan dan pemindahan keuntungan ke tempat perlindungan cukai.
Harga pemindahan ialah penetapan harga untuk barang dan perkhidmatan antara syarikat yang berada di bawah kawalan bersama untuk mengurangkan tanggungjawab cukai mereka. Amnesty International menganggarkan bahawa kerugian hasil global melalui harga pemindahan dianggarkan berada antara 4% hingga 10% daripada jumlah pendapatan cukai korporat, yang bersamaan dengan US$100 bilion hingga US$240 bilion (RM1.07 trilion).
Penyertaan dan pelaksanaan perjanjian kerjasama cukai antarabangsa adalah penting. Kerjasama cukai antarabangsa yang dipertingkatkan membantu menangani pengelakan cukai sambil juga memperjuangkan dasar yang menekankan hak asasi manusia dalam perkara cukai. Pengelakan cukai merupakan faktor yang melemahkan keupayaan kerajaan untuk memenuhi kewajipan hak asasi manusia mereka. Ini kerana jumlah maksimum sumber untuk membiayai langkah-langkah yang menyokong dan melindungi hak asasi manusia tidak tercapai.
Namun begitu, kerajaan bertanggungjawab untuk membelanjakan sumber dan pendapatan cukai dengan bijak bagi memastikan penerima yang dimaksudkan menerima manfaat tersebut. Bajet 2025 menghala ke arah itu dengan menargetkan pengurangan defisit fiskal negara daripada 4.3% daripada KDNK pada 2024 kepada 3.8% pada 2025. Untuk Malaysia terus berkembang, maju dan mempromosikan hak asasi manusia, negara mesti terus mengambil langkah untuk memastikan sistem cukainya menjadi lebih adil dan saksama.
Pengelakan cukai korporat merupakan salah satu halangan terbesar dalam usaha memastikan sistem percukaian yang adil serta menjamin dan mempromosikan hak asasi manusia. Aktiviti ini sering berlaku melalui amalan seperti harga pemindahan dan pemindahan keuntungan ke tempat perlindungan cukai. Harga pemindahan merujuk kepada penetapan harga untuk barangan dan perkhidmatan antara syarikat yang berada di bawah kawalan bersama, dengan tujuan mengurangkan liabiliti cukai secara tidak wajar.
Menurut Amnesty International, kerugian hasil cukai global akibat manipulasi harga pemindahan dianggarkan mencecah antara 4% hingga 10% daripada jumlah pendapatan cukai korporat, bersamaan dengan US$100 bilion hingga US$240 bilion (sekitar RM1.07 trilion). Kehilangan hasil ini secara langsung melemahkan keupayaan kerajaan untuk membiayai langkah-langkah yang menyokong dan melindungi hak asasi manusia.
Bagi mengatasi cabaran ini, penyertaan aktif dan pelaksanaan perjanjian kerjasama cukai antarabangsa adalah amat penting. Kerjasama ini bukan sahaja membantu menangani isu pengelakan cukai tetapi juga memperkukuhkan dasar percukaian yang berteraskan prinsip hak asasi manusia. Tanpa sumber kewangan yang mencukupi, kerajaan sukar untuk memenuhi kewajipan mereka dalam menyediakan kemudahan asas, pendidikan, penjagaan kesihatan, dan perlindungan sosial kepada rakyat.
Namun begitu, cabaran bukan hanya terletak pada pengumpulan hasil cukai. Kerajaan juga bertanggungjawab untuk mengurus dan membelanjakan sumber yang diperoleh dengan cekap, telus, dan berhemah. Peruntukan belanjawan perlu memastikan manfaat sampai kepada golongan sasar, terutamanya mereka yang paling memerlukan. Bajet 2025 menunjukkan usaha ke arah ini dengan menetapkan sasaran untuk mengurangkan defisit fiskal negara daripada 4.3% daripada KDNK pada 2024 kepada 3.8% pada 2025.
Penulis adalah Peguam Cukai (RDS Partnership)