Gelagat calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) mula menduduki peperiksaan bertulispada hari pertama ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekolah sekitar Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 02 JANUARI 2024.

KUALA LMPUR – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 yang bermula pada 2 Disember 2024 hingga 6 Februari lalu berjalan lancar dengan 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, walaupun peperiksaan SPM Tahun 2024 telah berlangsung dalam musim Monsun Timur Laut yang menyebabkan bencana banjir di beberapa buah negeri, ia telah berjaya dilaksanakan dengan baik.

Ini adalah hasil kesiapsiagaan awal, pengurusan cekap dan kerjasama erat dengan agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia, jabatan pendidikan negeri, pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti.

“Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua 126,636 petugas peperiksaan yang turut melibatkan 5,780 sukarelawan dalam kalangan orang awam termasuk pesara guru yang telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPM Tahun 2024.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024 atas semangat juang, kecekalan dan kejayaan menduduki peperiksaan termasuk dalam situasi mencabar.

“KPM mendoakan yang terbaik untuk semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024. Semoga kejayaan menjadi milik anda untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here