Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjalin kerjasama strategik bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi pemeteraian Memoradum Persefahaman (MoU), di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, baru-baru ini.

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjalin kerjasama strategik bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi pemeteraian Memoradum Persefahaman (MoU), di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, baru-baru ini.

MoU ditandatangani oleh Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif manakala PTPTN pula ditandatangani oleh Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid.

Jelas Massila, menerusi kerjasama ini kedua-dua pihak bersetuju untuk menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang antaranya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan graduan yang berkualiti agar berupaya memenuhi keperluan industri.

“Menyampaikan informasi dan membuat promosi menerusi medium hebahan yang bersesuaian, membudayakan penabungan Simpan SSPN bagi seluruh warga UTeM melalui pelbagai program dan menjayakan penyelidikan dan membangunkan idea-idea baharu bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap bayaran balik pinjaman dan kepentingan penabungan.

“UTeM turut menyambut baik inisiatif ini yang semestinya akan membantu pihak Universiti memperkasa kebajikan pelajar, khususnya kemudahan pembayaran balik pinjaman PTPTN agar meringankan kewangan pelajar setelah bergraduat nanti,” ujarnya dalam kenyataan.

Katanya lagi, UTeM dan PTPTN juga akan berkolaborasi dalam memperkasakan penabungan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

“Jaringan strategik ini juga akan melibatkan kerjasama Alumni Universiti berhubung perkongsian data, program kerjasama CSR dan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta lain-lain anugerah kepada kakitangan dan pelajar melalui akaun Simpan SSPN,” katanya.

Sempena majlis ini, PTPTN turut menyampaikan sumbangan Skim Bantuan Penyelesaian Pembiayaan Pendidikan PTPTN berjumlah RM200,000.00 kepada UTeM melalui Wakalah Zakat Maybank Islamic Berhad (MIB) bagi membantu meringankan beban graduan UTeM.

Inisiatif itu bagi membantu menyelesaikan hutang pinjaman PTPTN melibatkan 10 orang graduan asnaf (fakir/ miskin) yang telah menamatkan pengajian di peringkat diploma.

“PTPTN mengucapkan ribuan terima kasih kepada MIB atas keprihatinan yang ditunjukkan dan diharapkan sumbangan ini dapat meningkatkan lagi motivasi para graduan UTeM yang terpilih untuk mencapai kecemerlangan dalam peringkat pengajian seterusnya.

“Pihak UTeM amat menghargai kerjasama strategik ini dan mendoakan agar PTPTN akan terus membantu pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi dalam mencapai cita-cita sebagai graduan yang akan terus menyumbang bakti ke arah pembangunan negara,” kata Marsila. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here