Gaya Zahnita Wilson ketika sidang media NRC di NRC HQ, BANGI. Foto MUHAIMIN MARWAN, 12 FEBRUARI 2025

BANGI – NR Cosmetics (NRC) telah memperkenalkan  pelakon, Zahnita Wilson sebagai Wajah Baharu Raya 2025, menandakan satu pencapaian baharu dalam perjalanan lapan tahun jenama ini dalam industri kecantikan.

Pengasas NRC, Nuex Rosli berkata, kerjasama ini sangat istimewa bukan sahaja kerana personaliti Zahnita sebagai seorang ikon industri tetapi hubungan baiknya dengan pelakon ini. 

“Zahnita sebelum ini telah menolak banyak tawaran untuk bekerjasama dengan jenama besar dan saya tidak menyangka dia akan menerima ajakan saya untuk kolaborasi ini.

“Zahnita bukan sahaja ikon industri tetapi juga sahabat baik saya.

“Kami berharap kerjasama ini membawa keberkatan (rezeki) kepada NRC dan juga Zahnita, terutama ketika beliau kembali ke dunia peragaan sambil membangunkan perniagaannya, Humble Pie,” katanya.

Zahnita Wilson sebagai Wajah Baharu Raya 2025 bagi NR Cosmetics. Foto MUHAIMIN MARWAN, 12 FEBRUARI 2025

Dalam pada itu, Zahnita berkata, penglibatannya dalam industri ini  kerana semakin yakin untuk kembali ke dunia peragaan.

“Penglibatan dalam kempen ini sangat bermakna kerana dunia peragaan merupakan sesuatu yang amat saya rindui selepas berehat sekian lamanya.

“Pada masa yang sama, membangunkan Humble Pie merupakan impian peribadi yang membolehkan saya menyara keluarga sambil melakukan perkara yang saya suka.

“Kerjasama dengan NRC ini terasa seperti peluang terbaik untuk menggabungkan kedua-duanya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here