DBKL rental rent agent PPR PA
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Jalan Ampang dari simpang Jalan Tun Razak hingga ke MRR2 bermula 17 Februari depan.

DBKL dalam satu kenyataan mendedahkan, pelaksanaan projek ini akan mengambil masa setahun dan dijangka siap sekitar 16 Februari 2026.

Menurut DBKL, projek sepanjang 3.5 kilometer ini merangkumi pembinaan pembahagi jalan, pemasangan lampu jalan, pembinaan siar kaki dan longkang, serta penurapan semula jalan.

“Kerja-kerja akan dijalankan secara berperingkat bagi memastikan kelancaran trafik di sepanjang laluan berkenaan.

“Sebarang penutupan atau lencongan jalan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda isyarat dan arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan serta kelancaran trafik sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini,” kata DBKL.

DBKL menegaskan komitmennya dalam menambah baik infrastruktur jalan raya demi keselesaan dan keselamatan warga kota dan menghargai kerjasama semua pengguna jalan raya sepanjang tempoh kerja-kerja naik taraf ini dilaksanakan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here