Wan Rosdy Wan Ismail ketika perasmian Perasmian Majlis Konvensyen Sekretariat Muafakat Felda Pahang Tahun 2025 di Auditorium RTM Pahang di sini hari ini.

KUANTAN – Kerajaan Negeri mengambil serius berkaitan keperluan penempatan atau perumahan generasi Felda di Negeri Pahang dengan melaksanakan tiga agenda penting kepada golongan FELDA di negeri ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata langkah pertama Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan RM2 juta bagi menggerakkan Sekretariat Muafakat Felda Pahang bermula tahun ini.

Menurutnya sekretariat tersebut berfungsi menyantuni anak-anak Felda bukan sahaja di luar Pahang tetapi juga anak-anak Felda yang berada di negeri ini tetapi tinggal luar kawasan Felda mereka.

“Saya percaya, dengan adanya sekretariat ini kita dapat menggerakkan lebih banyak inisiatif yang bermanfaat kepada generasi Felda, sama ada dalam bidang ekonomi, pendidikan dan juga sosial.

“Malah, sekretariat ini juga ditubuhkan dengan matlamat untuk mengukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dengan warga Felda, serta menjadi platform bagi warga peneroka menyuarakan hasrat mereka kepada kerajaan negeri untuk kita sama-sama bermuafakat dan menyelesaikannya,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika kepada media sejurus Perasmian Majlis Konvensyen Sekretariat Muafakat Felda Pahang Tahun 2025 di Auditorium RTM Pahang di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata dengan adanya Sekretariat Muafakat Felda Pahang ini mampu menghadapai pelbagai cabaran serta merealisasikan impian membina sebuah komuniti Felda yang lebih dinamik dan sejahtera.

Dalam pada itu katanya kerajaan Negeri melalui kerjasama dengan Felda akan melaksanakan Projek Skim Tanah Rakyat Felda Pahang (STRFP) dan sehingga 31 Disember 2024, pihak Felda telah selesai menjalankan kerja ukur tanah yang melibatkan 63 rancangan Felda selurih negeri ini.

“Bagi Fasa 1 STRFP, sebanyak 16,035 Lot rumah akan ditawarkan kepada generasi baharu Felda yang layak di seluruh negeri Pahang.

“Selain itu Kerajaan negeri telah memberikan sebanyak 96 peratus suratan hak milik Felda kepada semua peneroka terlibat dan bakinya akan diselesaikan,” tambahnya.

Selain itu Kerajaan Negeri juga bersetuju menyediakan dana sejumlah RM500,000 Program Pembangunan Usahawan Generasi Felda melalui Program Usahawan Makmur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here