Rajeswari Karupiah, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) berkuatkuasa 1 Februari lepas.

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) mengumumkan pelantikan mantan Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia, Rajeswari Karupiah, sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bagi tempoh 1 Februari 2025 hingga 30 September tahun depan.

Menurut kenyataan Kesuma, pelantikan ini merupakan satu pencapaian bersejarah kerana Rajeswari menjadi wanita berbangsa India pertama yang menyandang jawatan tersebut.

“Dengan pengalaman lebih 32 tahun dalam bidang perundangan perhubungan industri, undang-undang pekerjaan dan perundangan korporat, beliau diyakini mampu memperkukuh hala tuju MPGN dalam merangka dasar gaji yang lebih adil dan progresif,” kata kenyataan tersebut.

Beliau memiliki kelayakan akademik LLB (Hons) dari University of London serta merupakan MCIArb Accredited Mediator.

Kata kenyataan itu, sepanjang perkhidmatannya di Mahkamah Perusahaan Malaysia, beliau telah berjaya menyelesaikan lebih 500 kes berkaitan pemecatan pekerja, penstrukturan semula, pemberhentian kerja serta rundingan perjanjian kolektif, melebihi sasaran KPI yang ditetapkan.

“Rajeswari juga pernah berkhidmat di The World Bank, Washington D.C., sebagai penasihat undang-undang serta memainkan peranan penting dalam penambahbaikan dasar buruh di Malaysia, termasuk pengenalan dasar gaji minimum.

“Kita yakin pelantikan beliau akan memberi nilai tambah dalam usaha memperkukuh perundangan perburuhan serta memastikan keseimbangan antara kepentingan pekerja dan majikan sejajar dengan objektif pembangunan ekonomi negara,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here