Feri Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Perkhidmatan feri di Pulau Pinang akan ditambah empat perjalanan untuk memudahkan pergerakan pengunjung sempena sambutan Chap Goh Meh di Padang Kota di sini, esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, pihaknya menerima permohonan daripada jawatankuasa program iaitu Penang Global Tourism (PGT) untuk menyelaras trip perkhidmatan feri sempena sambutan tersebut.

“Penambahan perjalanan feri akan melibatkan laluan antara Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di George Town dan Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth.

“Dua trip tambahan akan disediakan pada jam 10.30 malam dan 11 malam esok manakala dua lagi trip akan ditambah pada jam 12 tengah malam dan 1 pagi, Sabtu (15 Februari) ,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, pihaknya berharap inisiatif tersebut dapat membantu dan memudahkan pergerakan para pengunjung program. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here