Ahmad Fahmi Mohd Samsudin

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang serius cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Raub, Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui mengenai keperluan melantik seorang Menteri Khas bagi Hal Ehwal Islam seperti yang disebut di Dewan Rakyat semalam.

Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, cadangan sebegini tidak wajar diketengahkan kerana ia tidak akan membawa manfaat kepada keharmonian serta perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Menurutnya, sebarang cadangan yang tidak realistik dan tidak munasabah hanya akan membawa kepada polemik yang tidak diperlukan.

“Isu-isu yang membabitkan keharmonian antara kaum dan agama seharusnya dibincangkan terlebih dahulu secara dalaman bersama pihak kerajaan agar sebarang langkah yang diambil tidak mencetuskan ketegangan atau menjejaskan perpaduan yang telah lama dipupuk dalam masyarakat.

“Sebarang usul dan cadangan yang tidak mempunyai asas keperluan yang jelas seperti yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Raub ini hanya menambahkan polemik yang tidak perlu dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ahmad Fahmi berkata, platform sedia ada seperti Jawatankuasa Harmoni dan penyelarasan membabitkan antara dua kementerian utama, iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Mekanisme ini telah sedia ada dan boleh diperbaiki bagi memastikan isu-isu berkaitan agama dapat ditangani secara efektif serta selari dengan prinsip keharmonian dan perpaduan negara, jelasnya.

Sehubungan itu, ABIM mengingatkan semua pihak untuk sentiasa menjaga sensitiviti dalam mengemukakan sebarang cadangan atau usul yang melibatkan agama dan perpaduan nasional.

“Isu-isu yang membabitkan keharmonian antara kaum dan agama seharusnya dibincangkan terlebih dahulu secara dalaman bersama pihak kerajaan agar sebarang langkah yang diambil tidak mencetuskan ketegangan atau menjejaskan perpaduan yang telah lama dipupuk dalam masyarakat.

“Sebarang usul dan cadangan yang tidak mempunyai asas keperluan yang jelas seperti yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Raub ini hanya menambahkan polemik yang tidak perlu dalam masyarakat,” ujarnya.

Dalam kenyataan itu, Ahmad Fahmi berkata, ABIM berpegang teguh bahawa perpaduan harus menjadi keutamaan dalam menangani isu-isu umum yang membabitkan kepentingan bersama, termasuk keperluan sosial dan kesejahteraan rakyat.

Pada masa sama, setiap pihak perlu menghormati batas latar belakang budaya dan agama yang berbeza demi mengekalkan keharmonian negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here