Fadhli Umar Aminolhuda

JOHOR BAHRU – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan cadangan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui agar Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melantik Menteri Hal Ehwal Bukan Islam sebagai jelik.

Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, cadangan tersebut perlu ditolak kerana Malaysia adalah sebuah negara dengan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Tak sedarkah anda kita sudah pun ada Menteri Perpaduan?

“Pemimpin beginilah yang menjauhkan orang Melayu Muslim kita daripada Pakatan Harapan (PH) termasuklah Amanah.

“Pimpinan PH terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu tegas dan ‘put a stop’ terhadap pemimpin-pemimpin begini untuk terus keluarkan kenyataan yang jelik sebegini.

“Malaysia adalah sebuah negara dengan Islam sebagai Agama Persekutuan dan kita yakin itu lah paksi yang akan mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan harmoni,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menggesa pimpinan PH agar menolak cadangan berkenaan yang dirasakan mengarut.

“Saya seru pimpinan PH untuk tegas menolak cadangan-cadangan yang amat mengarut sebegini,” ujarnya lagi.

Sebelum itu, Yu Hui ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat di sini semalam, mencadangkan supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua iaitu khusus untuk Islam dan bukan Islam.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini dan memastikan tiada pihak yang terpinggir.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here