Menteri Sumber Manusia dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad (tengah) bergambar bersama-sama deligasi perwakilan dan jawatankuasa ketika hadir majlis 'ASEAN Youth Economic Forum (AYEF) 2025 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 14 FEBUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dapat menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ASEAN kini berada di kedudukan kelima ekonomi terbesar dunia tetapi jika bersatu, rantau ini dijangka dapat melonjak ke tangga keenam dalam tempoh enam tahun akan datang.

“ASEAN sangat pelbagai. Jika kita lihat bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Bangkok, Manila dan Jakarta, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka sangat tinggi.

“Tetapi masih terdapat kawasan-kawasan lain di Malaysia dan negara ASEAN lain yang masih ketinggalan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan ASEAN Youth Economic Forum 2025, di sini, hari ini.

Menurut beliau, cabaran utama bukan hanya mencapai status sebagai ekonomi keempat terbesar tetapi bagaimana ASEAN dapat memanfaatkan kekuatan ini untuk memastikan pembangunan yang mampan dan saksama.

“Tidak cukup sekadar menjadi ekonomi keempat terbesar dunia jika masih ramai yang tidak mendapat akses kepada elektrik, pendidikan, atau jika wanita masih ketinggalan dalam pembangunan. Isu-isu ini juga perlu ditangani,” tambahnya.

Beliau mengganggap bahawa tema ASEAN tahun ini yang menekankan inklusiviti dan kelestarian sangat penting dalam memastikan setiap lapisan masyarakat dapat merasakan manfaat daripada pertumbuhan ekonomi ASEAN.

Dengan potensi besar ini, ASEAN berada di landasan yang kukuh untuk menjadi kuasa ekonomi utama dunia.

Namun kejayaan sebenar bergantung kepada bagaimana rantau ini memastikan kesejahteraan dan kemakmuran dikongsi secara adil oleh semua negara anggotanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here