Bomba Melaka mengambil masa hampir 12 jam bagi memadamkan kebakaran belukar di kawasan seluas kira-kira 6.8 hektar yang turut melibatkan puncak bukit di Taman Muzaffar Height, Ayer Keroh.

MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa hampir 12 jam memadamkan kebakaran belukar di kawasan seluas kira-kira 6.8 hektar yang turut melibatkan puncak bukit di Taman Muzaffar Height, Ayer Keroh di sini.

Komander Operasi Penguasa Kanan Bomba II Mohd Khairulnizam Mohamad Anuar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 999 mengenai kejadian pada pukul 5.50 petang semalam.

Menurutnya, sepasukan 29 anggota bomba dari empat balai bomba iaitu Ayer Keroh, Bukit Katil, Melaka Tengah dan Tangga Batu bersama 10 aset memadam api dan menyelamat dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati berlaku kebakaran belukar dengan anggaran keluasan tiga ekar (1.2 hektar) terbahagi kepada tiga kawasan iaitu Kawasan A di puncak bukit sebelah Condominium Muzaffar Height (Kawasan B) dan pencawang Tenaga Nasional Berhad (Kawasan C).

“Jentera dari balai bomba Ayer Keroh melakukan pemadaman dari atas puncak bukit menggunakan dua aliran hos sepanjang 500 kaki (152 meter) dari tangki air jentera dan dibantu jentera balai bomba Tangga Batu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bomba Melaka mengambil masa hampir 12 jam bagi memadamkan kebakaran belukar di kawasan seluas kira-kira 6.8 hektar yang turut melibatkan puncak bukit di Taman Muzaffar Height, Ayer Keroh.

Menurutnya, bagi kawasan B dan C, bomba mengawal dan memadam api menggunakan dua aliran hos sepanjang 91 meter
dari jentera tangki kaedah pemerap api.

“Faktor angin kuat, cuaca kering dan panas menjadi antara punca api merebak dengan pantas dan bomba terpaksa mengambil masa yang lama untuk memadam kebakaran sehingga ia merebak kepada seluas 17 ekar (6.8 hektar)

“Dalam operasi ini, pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) juga memberi bantuan sumber air dengan membuka pintu tangki air yang terdekat sehingga operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 5.28 pagi tadi,” tambahnya.

Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran tersebut dan operasi pemadaman itu juga dibantu 22 angota dari agensi lain iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan SAMB. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here