Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah penumpang AirAsia X Bhd (AirAsia X) meningkat 41 peratus kepada lebih empat juta pada 2024 dengan faktor muatan penumpang naik sebanyak tiga mata peratusan kepada 83 peratus berbanding tahun 2023.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata, kapasiti tempat duduk juga meningkat sebanyak 35 peratus tahun ke tahun kepada 4.8 juta tempat duduk tahun lalu.

“Ketika lebih banyak pesawat menyambung semula perkhidmatan, bilangan penerbangan meningkat 35 peratus tahun ke tahun kepada 13,262, memacu peningkatan sebanyak 31 peratus tahun ke tahun ke atas kapasiti kilometer tempat duduk tersedia (ASK) bagi AirAsia X kepada 20,369 juta bagi tahun kewangan dalam tinjauan.

Selain itu, AirAsia X berkata, syarikat tersebut membawa hampir 1.1 juta penumpang pada suku keempat 2024 meningkat 20 peratus tahun ke tahun seiring dengan peningkatan 20 peratus tahun ke tahun kapasiti tempat duduk kepada lebih 1.3 juta tempat duduk.

“Ia menunjukkan faktor muatan penumpang yang kukuh sebanyak 82 peratus, tidak berubah tahun ke tahun walaupun ketika kapasiti ASK meningkat 21 peratus tahun ke tahun kepada 5.79 bilion pada suku keempat 2024.

“Ia juga menandakan permintaan kukuh berterusan bagi perjalanan dan pertumbuhan bagi hasil tempat bagi setiap kilometer (RPK) mencecah 4.71 bilion, meningkat 23 peratus tahun ke tahun,” katanya.

Gambar Hiasan.

Dari segi rangkaian bagi suku keempat 2024, AirAsia X melancarkan penerbangan ke Chongqing di China and Nairobi di Kenya, menandakan langkahnya untuk menembusi pasaran di rantau Afrika.

“Kekerapan turut dipertingkatkan di pasaran terpilih ketika musimkemuncak perjalanan dengan memperkenalkan penerbangan tambahan bagi laluan di Australia, Jepun dan Korea Selatan,” kata AirAsia X.

Katanya, syarikat sekutunya, AirAsia X Thailand (TAAX) membawa 463,463 penumpang pada suku keempat 2024, meningkat 20 peratus tahun ke tahun.

Faktor muatan penumpang sebanyak 78 peratus bagi suku tahun dalam tinjauan, didorong oleh perpindahan hab operasi TAAX dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada Oktober 2024.

“Penempatan semula itu menyediakan pelan pemulihan bagi perkhidmatan sekali sahaja bagi penumpang yang ingin menukar pelan perjalanan masing-masing ketika tempoh tersebut dan ia dijangka kembali kepada paras sepatutnya dalam suku keempat
akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here