Kredit: TNB CareLine

SEREMBAN – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan pasukan teknikal sedang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan serta pemulihan yang diperlukan berhubung insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson dekat sini malam tadi.

TNB dalam kenyataan di Facebook memaklumkan kebakaran telah dipadamkan dan setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

“TNB juga bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan bagi meneruskan siasatan dan telah mengambil langkah kawalan keselamatan. Secara keseluruhan operasi stesen janakuasa dalam keadaan terkawal,” menurut kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Kanan Penguasa Bomba Mohd Kamal Mohd Timar berkata kejadian dipercayai berlaku akibat kebocoran gas yang melibatkan letupan pada power unit 2A di kawasan talian paip membabitkan gas neutral serta kebakaran tidak menjejaskan struktur bangunan.

Beliau berkata stesen janakuasa berkenaan menggunakan tenaga turbin gas dan bacaan oksigen di luar bangunan iaitu 20.8 peratus adalah di tahap normal.

Terdahulu, Bernama melaporkan TNB mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson dekat sini malam tadi bagaimanapun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here