Ramkarpal Singh
Ramkarpal Singh

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuam Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bahawa kekurangan maklumat telah menghalang siasatan terhadap dakwaan skandal rasuah di Sabah tidak masuk akal.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata, alasan kekurangan maklumat yang menjejaskan siasatan terhadap skandal perlombongan di Sabah juga tidak boleh diterima.

“Kenyataan Azam seolah-olah menunjukkan SPRM tidak atau enggan menyiasat perkara ini melebihi video yang tersebar, yang sudah tentu akan menghakis kepercayaan orang ramai terhadap SPRM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata demikian mengulas kenyataan Azam yang berkata kekurangan maklumat menjadi cabaran terbesar dalam menyiasat dakwaan skandal rasuah Sabah.

Mengulas lanjut, Ramkarpal menegaskan, SPRM mempunyai kuasa penyiasatan yang luas di bawah Akta SPRM dan bukan sekadar mencari dan merampas, penyitaan harta alih, kuasa untuk memintas komunikasi serta siasatan terhadap akaun suspek.

Katanya, video tular mengaitkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah mendedahkan maklumat mencukupi untuk SPRM menggunakan pelbagai langkah di bawah undang-undang, termasuk kuasa mengeledah dan menyita, merampas harta alih, memintas komunikasi serta menyiasat akaun suspek

“Kenyataan tersebut mencerminkan pendekatan yang cetek dalam siasatan kes ini dan boleh membawa kepada tanggapan bahawa SPRM tidak mengambil siasatan ini secara serius, yang akhirnya boleh menimbulkan spekulasi mengenai pendakwaan terpilih.

“Saya berpendapat bahawa video yang telah tular setakat ini sekurang-kurangnya mendedahkan kes prima facie rasuah yang tidak boleh diketepikan hanya atas alasan kekurangan maklumat. Oleh itu, siasatan menyeluruh perlu dijalankan segera,” katanya lagi.

Sebelum ini, Azam memberitahu, siasatan berkaitan kes itu turut dijalankan pihak polis di Sabah dan SPRM sentiasa bertukar maklumat untuk memastikan kelancaran proses.

Setakat ini SPRM membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here