Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat tersenarai awam dan Pengarah Syarikat dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi individu disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.

Perintah reman selama empat hari sehingga Isnin ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek wanita berusia sekitar 40-an dan suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu telah ditahan antara jam 7 dan 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang masing-masing merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat tersenarai awam dan Pengarah Syarikat disyaki bersubahat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk mengeluarkan wang syarikat berjumlah kira-kira RM2.6 juta yang kemudian dipindahkan ke akaun syarikat di mana suspek wanita itu bekerja,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

ARTIKEL BERKAITAN

Tender jual tanah: Empat individu termasuk Datuk direman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here