Al-Sultan Abdullah sempat menitipkan titah nasihat dan kata-kata semangat buat suami mangsa, Mohammad Afiq Akmal Nudin di Unit Forensik HTAA pagi tadi

KUANTAN – “Kejam dan tidak berperikemanusian!”

Demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berkenan bercemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa bunuh di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pagi tadi.

Semalam media melaporkan seorang wanita yang juga peniaga makanan ditemui maut disyaki dibunuh di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini.

Berita penemuan mayat wanita itu mendapat perhatian baginda yang berkenan berangkat ke HTAA diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Menerusi kenyataan di laman media rasmi Kesultanan Pahang, baginda bertitah agar pihak yang bertanggungjawab dalam kes tersebut diheret ke muka keadilan secepat mungkin.

Dalam kunjungan tersebut juga, Al-Sultan Abdullah sempat menitipkan titah nasihat dan kata-kata semangat buat suami mangsa, Mohammad Afiq Akmal Nudin, 31, yang masih dilanda kesedihan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Mayat wanita ditemukan tepi sungai, ada unsur jenayah

 

Polis kenalpasti suspek kes peniaga wanita maut di Tanjung Lumpur

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here