KUALA LUMPUR- Pasangan selebriti popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana selamat melangsungkan pernikahan dalam satu majis tertutup hari ini.
Perkara itu dikongsikan sendiri pelakon One Cent Thief itu menerusi hantaran di media sosialnya.
“Alhamdulillah, selamat bernikah pada hari Jumaat yang berkah,” kata Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak.
Beliau turut memuat naik beberapa keping gambar majlis tersebut.
![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/02/478833889_18437235415078645_4803440574957700951_n-821x1024.jpg)
Difahamkan majlis pernikahan di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak.
Pasangan tersebut pernah merancang untuk berkahwin pada 18 Ogos 2023 namun membatalkan hasrat tersebut kira-kira seminggu sebelum majlis berlangsung.- MalaysiaGazette