KUALA LUMPUR – Syarikat produksi teknikal sukan global, Tell mengumumkan pembukaan pejabat baharu mereka di Bukit Jalil di sini selaras dengan pertumbuhan pesat mereka peringkat global sejak penubuhannya pada 2020.
Pengarah dan pengasas syarikat, Tom Ellis berkata, pemilihan Bukit Jalil sebagai rumah terbaru di Asia Tenggara disebabkan faktor masyarakatnya, budaya serta peluang yang tersedia.
“Pemilihan Bukit Jalil sebagai lokasi untuk pembukaan pejabat di Kuala Lumpur adalah kerana kemudahan dan aktiviti sukan yang tersedia seperti bola sepak, badminton serta ragbi.
“Selain menempatkan stadium bertaraf dunia, Konfederasi Bola Sepak Asia juga terletak di lokasi yang sama.
“Selain itu wilayah ini bersesuaian dengan visi kami untuk mencipta pengalaman luar biasa menerusi produksi teknikal yang berinovasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/02/DSC08685-1-scaled.jpg)
Tell yang berpengkalan di United Kingdom berpengalaman luas di dalam bidang perkhidmatan dan penyelesaian teknikal termasuk pengurusan lancar, penyediaan kru pakar dan kit innovatif untuk produksi jarak jauh dan penyiaran, strem langsung dan pengedaran serta penyampaian sukan dan grafik.
Di Tell, setiap penyampaian projek memberi fokus kepada penggunaan teknologi yang cekap termasuklah kit penyiaran flyaway, hub produksi jarak jauh berskala bersama pengekodan 5G yang terkini.
Kejayaan Tell telah diperakui dengan kejayaan mereka mementaskan produksi sukan global seperti FIFA Club World Cup 2022 & 2023, AFC Asian Cup 2023, ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024, Futsal World Cup 2024, England A vs Australia A Rugby Union 2024 dan 26th Arabian Gulf Cup 2024.
Sementara itu, di Kuala Lumpur, Ellis turut dibantu oleh Pengarah Pengurusan untuk Asia Tenggara, Alex Wong yang akan menerajui dan mengetuai operasi harian dari pejabat baru di Kuala Lumpur.
Berpengalaman dalam bidang penyiaran dan pakar grafik langsung, Wong pernah bertugas di AE Live, Wong mempunyai pengalaman luas dengan organisasi dan acara seperti Persekutuan Badminton Dunia, Konfederasi Bola Sepak Asia dan Pertubuhan Triatlet Profesional.
Wong akan dibantu oleh Azman Azmy sebagai Penerbit Kanan yang memiliki pengalaman lebih 10 tahun di dalam produksi sukan.
Sementara itu, pakar produksi, Jack Nicklin turut dilantik sebagai Pengarah Urusan di United Kingdom selari dengan pengalamannya dari pelbagai jawatan terdahulu di World Rugby, IMG, Channel 4, BBC, Cricket Australia dan BBC Sport. – MalaysiaGazette
![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/02/WhatsApp-Image-2025-02-14-at-10.33.53.jpeg)