Abdullah Khairi (dua dari kiri), Jamaluddin (kiri) dan Allahyarhamah Marina (kanan) di Masjidil Haram. - Foto FB Ustaz Abdullah Khairi

KUALA LUMPUR- Seorang jemaah umrah Malaysia meninggal dunia di Masjidil Haram selepas selesai melakukan tawaf wada (tawaf selamat tinggal), ketika semua umat Islam menyambut Nisfu Syaaban.

Berita itu dikongsikan pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi Harun di Facebooknya, malam ini.

“Pengakhiran hayat yg hebat!

“Baru lepas tawaf wada, menangis dalam doa, masih dalam wuduk… berjalan dengan ceria… tiba tiba jatuh dalam masjid dan meninggal!

“Hebat Pn. Marina binti Abdul Wahab.. isteri sahabatku Jamaluddin! Innalillahi wainailaihirajun!” katanya.

Foto FB Ustaz Abdullah Khairi

Abdullah Khairi yang membawa rombongan jemaah umrah melalui syarikatnya, UAK Travel & Tours Sdn Bhd, berkata, allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suaminya.

Tambah beliau lagi, jenzah allahyarhamah Marina sudah pun selamat dikebumikan Makbara Syuhada Alharam selepas disolatkan oleh ribuan jemaah di Masjidil Haram selepas solat Maghrib. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here