KUANTAN – Suspek bagi kes pembunuhan peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37 yang ditemukan maut di Tanjung Lumpur kelmarin direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Jenayah Nor Izzati Zakaria terhadap suspek berusia 53 tahun itu selepas permohonan dibuat polis bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuantan di sini diiringi anggota polis mengenakan t-shirt warna biru dengan berkain pelikat sekitar pukul 2 petang.
Pagi tadi Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan, pihak polis telah menahan suspek pada jam 5.30 pagi di Kuala Terengganu. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: