PPS
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Bencana banjir di Sabah kini pulih dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir Sekolah Kebangsaan Sukau di Kinabatangan, ditutup secara rasmi pada malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu, 54 orang daripada 13 keluarga yang ditempatkan di PPS itu, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Keputusan ini dibuat selaras dengan cadangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinabatangan dan pemantauan agensi berkaitan di kawasan terlibat.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang memberi kerjasama semasa bencana banjir ini,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here