Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berucap pada Program Jalinan Muhibbah Madani Tahun Baharu Cina 2025 di Bangunan Persatuan Hokkien Klang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 16 FEBRUARI 2025

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun tutur kata yang boleh mencetuskan salah faham dan mengundang kemarahan, yang akhirnya boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Na’im Moktar berkata, perkara itu perlu dielakkan bagi mengelakkan berlakunya ketegangan kaum di negara ini.

“Kita kena hati-hati dengan perkatakan kita, perbuatan dan sentiviti kaum adalah satu perkara yang sangat sensitif.

“Jadi masyarakat kena berhati-hati dan kita tidak mahu apa sahaja perkataan dan perbuatan yang kita keluarkan akan menyebabkan kemarahan kaum yang lain.

“Jadi hormat menghormati itu sangat diperlukan,” katanya kepada media selepaa menghadiri program Jalinan Muhibah Madani Tahun Baru Cina 2025 di Dewan Persatuan Hokkien Klang, hari ini.

Mohd Na’im menjawab pertanyaan media berhubung satu notis berunsur perkauman yang tular di media sosial, memaparkan sikap tidak sensitif seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang, baru-baru ini.

Insiden tersebut dikatakan berlaku di Kota Warisan, Sepang yang mana penjaja terbabit meletakkan notis berbunyi:

“Sorry, ini jagung tiada jual sama orang keling.”

Perkataan keling merupakan istilah yang digunakan terhadap masyarakat India.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar beramah mesra bersama tetamu selepas merasmikan Program Jalinan Muhibbah Madani Tahun Baharu Cina 2025 di Bangunan Persatuan Hokkien Klang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 16 FEBRUARI 2025

Mohd Na’im turut menegaskan, setiap individu perlu lebih berwaspada dalam bertutur dan bertindak, lebih-lebih lagi dalam dunia digital yang membolehkan maklumat tersebar dengan pantas.

Kesilapan dalam penggunaan bahasa boleh mencetuskan salah faham dan mengundang kemarahan, yang akhirnya boleh menggugat keharmonian masyarakat.

“Kita tidak mahu sesuatu yang kita ucapkan menyinggung mana-mana pihak sehingga menimbulkan ketegangan antara kaum,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here