KUALA LUMPUR – Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, sebagai sebuah negara berbilang bangsa, rakyat mesti sentiasa menjaga kesejahteraan dan keamanan dengan tidak membenarkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh mengguris perasaan mana-mana pihak.

“Wajib diberikan noktah kepada perbuatan seperti ini,” katanya menerusi catatan di laman sosial X beliau hari ini.

Aaron mengulas mengenai kontroversi sebuah gambar yang tular di laman sosial berkenaan seorang penjaja jagung yang meletakkan makluman berbaur perkauman pada jualannya.

Sementara itu, beliau memohon semua lapisan masyarakat menjunjung Rukun Negara sebagai amalan hidup terutamanya prinsip Kesopanan dan Kesusilaan.

“Kita seharusnya terus memupuk semangat saling menghormati dan memahami dalam kalangan rakyat.

“Saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama memperkukuhkan semangat perpaduan negara dengan menghormati perbezaan yang wujud dan mengutamakan perpaduan demi kebaikan bersama,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut menegur perbuatan penjual jagung terbabit dan menasihatkan orang ramai supaya menghormati sensitiviti kepelbagaian etnik dan agama di negara ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here