Seorang warga emas meninggal dunia semalam selepas terlibat di persimpangan lampu isyarat Jalan Johor Jaya/Jalan Masai Lama pada 13 Februari lalu

JOHOR BAHRU – Selepas tiga hari bertarung nyawa di Hospital Sultan Ismail (HIS) di sini, seorang warga emas meninggal dunia semalam selepas terlibat di persimpangan lampu isyarat Jalan Johor Jaya/Jalan Masai Lama pada 13 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kemalangan tersebut melibatkan kereta Proton Iswara dipandu lelaki warga emas tersebut yang berusia 69 tahun dengan Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia 25 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta wanita tersebut datang dari Jalan Masai Lama menghala ke Johor Jaya sedang membelok ke kanan ketika lampu isyarat sedang hijau.

“Tiba-tiba datang kereta Proton Iswara tersebut dan membelok ke arah bertentangan menghala ke Plentong telah melanggar sisi kanan hadapan kereta wanita itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibatnya kata Mohd Sohaimi, warga emas berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke HSI untuk menerima rawatan.

Katanya, dia disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, saksi kemalangan boleh disalurkan maklumat menerusi 07-3864222 bagi membantu siasatan dan pada masa sama menasihatkan pengguna jalan raya patuh undang-undang, kurangkan kelajuan dan patuhi lampu isyarat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here