KAHERAH, 17 Feb (Bernama-Xinhua) — Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan tiga lagi cedera pada Isnin dalam runtuhan bangunan di Wilayah Giza, Mesir, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan.
Menurut laporan, letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan Kerdasa berhampiran Piramid Giza.
Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan. Pasukan pertahanan awam memadamkan kebakaran yang disebabkan oleh letupan dan mengosongkan dua bangunan bersebelahan untuk membersihkan serpihan.
Siasatan awal mengaitkan kebocoran gas sebagai kemungkinan punca letupan.
— BERNAMA-XINHUA