Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri.

KUALA LUMPUR – Seramai 17,290 wanita menerima manfaat menerusi pelbagai 734 program bagi merangsang status ekonomi selepas kehilangan ketua rumah tangga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program itu dilaksanakan bagi membantu wanita dalam aktiviti ekonomi melibatkan kursus dan latihan, serta bimbingan mengenai pengurusan kewangan dalam bidang keusahawanan.

“Antara contoh program yang dilaksanakan bagi memperkukuhkan ekonomi kaum wanita khususnya ibu tunggal dan suri rumah yang kehilangan ketua rumah tangga adalah program berasaskan konsep Circular Economy iaitu Program Ekonomi Pembangunan Mampan (OMEGA) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Program ini merupakan sebahagian daripada program kemahiran dengan matlamat menjana pendapatan peserta melalui penghasilan produk yang mempunyai nilai komersial dari sumber bahan-bahan terbuang atau terpakai,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) untuk menyatakan pelaksanaan bentuk program sokongan bagi merangsang status ekonomi kaum wanita dan keluarga yang kehilangan ketua rumah tangga.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, kementeriannya menerusi Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) telah memperkenalkan Program Wanita Dinamik untuk membantu golongan sasar khususnya wanita melalui bantuan insentif perniagaan secara kecil-kecilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here