KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah membuka lapan kertas siasatan membabitkan salah laku dalam kalangan anggota pihak berkuasa itu sejak 1 Julai 2023.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan membabitkan setiap aduan diterima selain cadangan hukuman daripada laporan diperoleh IPCC.
Menurut beliau, daripada lapan kertas siasatan yang dibuka itu, empat daripadanya berjaya diselesaikan.
“Sebahagian aduan melibatkan isu rasuah perlu disalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ada elemen rasuah serta ada juga aduan jenayah berat perlu disalurkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ),” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang memintanya menyatakan pencapaian Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sejak penubuhannya sehingga akhir 2024.
Sementara itu, Saifuddin berkata, IPCC berjaya membangunkan Sistem Pengurusan Aduan dan Kendalian Sistem (SPEAKS) bagi menggantikan kaedah sedia ada termasuk melalui e-mel.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sistem itu yang dibangunkan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dijangka dilancarkan bulan depan membabitkan salah laku polis akan dilaksanakan secara menyeluruh. – MalaysiaGazette