Fadhlina Sidek

SEMENYIH – Bacaan kali pertama pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pendidikan 1996 untuk mewajibkan pendidikan sehingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentang pada sesi sidang Dewan Rakyat kali ini atau selewat-lewatnya pada sesi Parlimen akan datang.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ketika ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terlibat secara langsung sesi libat urus bersama pemegang taruh masih berjalan bagi memastikan semua pihak menyokong pindaan berkenaan sebelum membawanya ke Dewan Rakyat.

“Kita harap bacaan kali pertama dalam rangkuman sesi Dewan Rakyat kali ini. Sesi libat urus masih diteruskan bagi dapatkan sokongan penuh. Harapnya kali ini tapi jika tidak sesi akan datang,” katanya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat tinjauan hari pertama pembukaan sekolah di SK Taman Pelangi 43500 Semenyih, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 17 FEBRUARI 2025

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan sempena sesi persekolahan bermula sesi 2025 hari ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Semenyih, di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sebelum ini, Fadhlina mendedahkan proses semakan terhadap draf RUU tersebut telah selesai di peringkat Jabatan Peguam Negara (AGC).

Inisiatif ini diusahakan Fadhlina bagi memastikan semua kanak-kanak warganegara Malaysia mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Dalam pada itu, ketika mengulas isu berkaitan persaraan awal guru, kata Fadhlina, keputusan itu adalah pilihan peribadi dan perlu dihormati terutamanya andai beberapa faktor termasuk kesihatan diambil kira.

Katanya, kerjaya guru sebenarnya memerlukan komitmen lama yang mencecah sehingga 30 tahun perkhidmatan.

“Ini juga antara sebab mengapa ada guru mengambil keputusan bersara awal dan kita perlu hormati keputusan itu dasar kemanusian juga.

“Dalam pada itu, perlu ada perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) isu berkaitan kekurangan guru dapat ditangani, adanya pengambilan guru baharu secara konsisten,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here