Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan surat lantikan dua tahun lagi sebagai Pengerusi Mara kepada Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pagi ini.

KUALA LUMPUR – Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) disambung dua tahun lagi bermula 1 Mac ini.

Berkongsi perkara itu di laman sosial Facebook beliau hari ini, Asyraf Wajdi berkata, beliau menerima watikah lantikan tersebut daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pagi ini.

Asyraf Wajdi turut berkongsi pesanan Ahmad Zahid kepada beliau yang mengingatkan Mara adalah institusi orang Melayu dan bumiputera, justeru perlu diperkasakan untuk terus memartabatkan agenda pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan bumiputera.

“Insya-Allah tanggungjawab yang digalaskan ini akan saya laksanakan sebaik mungkin dengan penuh jujur dan amanah kerana ia bukan satu bentuk kemasyhuran (tasyrif) tetapi beban tanggungjawab besar (taklif) yang akan dipersoalkan Allah (SWT) di akhirat kelak.

“Mohon rakan-rakan doakan saya agar dipermudahkan untuk melaksanakan amanah bangsa dan agama ini,” katanya.

Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO dilantik sebagai Pengerusi Mara pada Mac 2023 bagi menggantikan Datuk Azizah Mohd. Dun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here