Tertuduh, Lai Pui Hung dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan selepas dituduh membunuh Yee Yong Hock hari ini

KUANTAN- Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan membunuh peniaga pendingin udara dalam kejadian 13 Januari lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Lai Pui Hung didakwa membunuh Yee Yong Hock, 38, di sebuah premis kedai di Tingkat Bawah,Blok A Pangsapuri Taman Aman, Lorong Bukit Sekilau 22, Bukit Sekilau di sini antara jam 3 hingga 4 petang, 13 Januari lalu.

Tertuduh,30, mengangguk faham atas pertuduhan dibacakan hadapan Majistret Ellyana Othman.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh tertuduh.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak kurang 12 kali sebatan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Luqman Hakim Mohamad Usari.

Tertuduh tidak ditawarkan jaminan dan mahkamah menetapkan 24 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here