Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim

KUANTAN – Penetapan solat tarawih di seluruh negeri Pahang ditetapkan 20 rakaat dengan tiga rakaat witir dua salam di seluruh masjid dan surau pada Ramadan nanti.

Mufti Pahang, Datuk Prof Dr. Asmadi Mohamed Naim berkata, perkara berkenaan telah diputuskan setelah mendapat setelah diperkenankan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya kesempurnaan solat tarawih adalah afdhal didirikan 20 rakaat sebagaimana dijelaskan oleh Imam Syafie.

”Ini juga yang dikatakan oleh Saidina Umar Ibn Al-Khattab sebagaimana dalam Kitab Al-Hawi Al-Kabir Syarah Kitab Mukhtar Aal-Muzanni Jilid ke 2 muka surat 290 menceritakan bahawa penduduk Mekah mendirikannya 20 rakaat serta witir.

”Bagaimanapun, pihak masjid dan surau boleh memilih untuk memendekkan solat tarawih kepada lapan rakaat pada malam sambutan Nuzul Quran,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Dr. Asmadi, menunaikan solat tarawih dengan cara berjemaah adalah lebih afdhal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here