Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bercakap pada media selepas Perasmian Persidangan China Asia Tenggara di Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 17 FEBRUARI 2025.

KUALA LUMPUR- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz menafikan beliau bakal dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat bagi menggantikan Tan Sri Nazri Aziz yang tamat kontrak selepas berkhidmat selama dua tahun di Washington.

Tegasnya, beliau dan MITI sentiasa memberi sokongan penuh kepada sesiapa sahaja yang akan dilantik ke jawatan tersebut.

“Jawapannya adalah tidak. Tetapi, siapa pun yang akan dilantik (sebagai Duta Besar Malaysia ke AS), Kementerian kami sedia memberi sokongan penuh.

“Kita perlu seseorang untuk berada di lapangan,” katanya semsaa sidang media di Persidangan China Asia Tenggara yang dianjurkan agensi berita South China Morning Post di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/02/14/duta-besar-malaysia-ke-as-sudah-ada-tunggu-perkenan-agong-pm/

https://www.instagram.com/malaysiagazette/reel/DF36HFoK1o8/

Baru-baru ini, bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, mencadangkan lima nama untuk dipertimbang sebagai Duta Besar Malaysia ke AS bagi menggantikan Mohamed Nazri.

Selain Tengku Zafrul, Ahli Parlimen DAP itu turut mencalonkan anak sulung Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar; bekas Pengerusi CIMB, Tan Sri Nazir Razak; bekas Ahli Parlimen, Yusmadi Yusoff dan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, Faiz Abdullah.

Kian Ming dilaporkan berkata, Faiz banyak memberi input penting kepada Perdana Menteri mengenai dasar luar, manakala Nurul Izzah adalah pembantu utama dan Tengku Zafrul pula membuktikan dirinya sebagai menteri yang dipercayai Anwar.

Nazir pula dikenali sebagai tokoh korporat berpengaruh manakala Yusmadi adalah ahli lama dalam ‘kumpulan kecil individu dipercayai’ Anwar.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here