Foto Facebook rasmi Elephant Army.

KUALA LUMPUR – Legenda pemain bola sepak kebangsaan dan Pahang, Azizul Kamaluddin dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang.

Perkembangan terkini dimaklumkan di Facebook rasmi Elephant Army menerusi satu hantaran yang mendoakan Azizul diberikan kesembuhan.

“Semoga segera sembuh kami ucapkan kepada ‘Lagenda 12’ !

“Kami Elephant Army mendoakan agar pemain lagenda pasukan Pahang iaitu Azizul Kamaluddin segera sembuh dari penyakit yang dihadapi,” tulis hantaran hari ini.

Difahamkan Azizul, 52, mengalami serangan jantung di mana rata-rata yang mengenali penyerang legenda itu mendoakan segalanya dipermudahkan segala urusan dan memberikan kesembuhan.

Dia yang pernah dikenali ‘The Amazing Azizul’ pernah muncul penjaring terbanyak liga Perdana Satu tahun 2000.

Azizul menyarung jersi Pahang dari tahun 1992 hingga 2006 selain mewakili Harimau Malaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here