Bot penumpang yang ditahan Maritim Malaysia di Pelabuhan Klang semalam.

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor menahan sebuah bot penumpang di kedudukan kira- kira 0.2 batu nautika utara Pulau Indah pada sekitar pukul 5.51 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot itu ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke Pelabuhan Barat oleh bot ronda Maritim yang sedang melaksanakan rutin operasi di perairan Selangor.

Hasil pemeriksaan awal ke atas bot itu mendapati, terdapat seorang lelaki warga tempatan berusia 61 tahun bertindak selaku nakhoda bot berkenaan.

Pemeriksaan dokumentasi mendapati, bot itu telah melanggar syarat sah lesen, bot dan nakhoda dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Selangor untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu nama nakhoda tiada dalam lesen bot.

Maritim menegaskan kepada komuniti maritim untuk sentiasa lebih peka dengan syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi jika mendapati terdapat individu gagal mematuhi syarat sah lesen yang dikeluarkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here