Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata langkah yang dibuat syarikat anak kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC Berhad) meliputi pelbagai inisiatif strategik termasuk projek pembesaran pelabuhan, pembangunan infrastruktur gas asli cecair (LNG), pengurusan medan luar pesisir, perkhidmatan penyelenggaraan, penyelesaian penyahoperasian dan pembangunan bakat yang kesemuanya bertujuan mempercepat pembangunan sosio-ekonomi dan industri di negeri itu.