Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (dua kanan) bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Dr Ts Muhtar Suhaili (kanan), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak (dua kiri) dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan EPIC Berhad, Wan Mohd Azilah Wan Abdullah (kiri) melakukan gimik pelancaran ketika hadir pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman diantara EPIC Berhad bersama dengan 6 rakan strategik di Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 18 FEBUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) telah merekodkan pendapatan tertinggi dalam sejarah penubuhannya pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 iaitu sebanyak RM403.8 juta.

Ia merupakan peningkatan RM59.8 juta berbanding RM344 juta yang direkodkan pada tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Muhtar Suhaili berkata, kumpulan itu turut merekodkan peningkatan tiga kali ganda dalam keuntungan bersihnya sebanyak RM28.4 juta berbanding tahun sebelumnya.

“Untuk tahun kewangan 2025 ini, kumpulan menyasarkan untuk mencapai pendapatan sebanyak RM470 juta. Ia akan disumbangkan antara lain daripada syarikat yang kita baru ambil alih 70 peratus kepentingannya, Rahah Niaga Sdn Bhd, yang terbabit dalam pembekalan bahan api marin.

“Selain itu, daripada kejayaan kita mendapatkan dua kontrak besar daripada syarikat minyak dan gas negara iaitu PETRONAS. Kedua-duanya dijangka akan menyumbang ketara kepada pendapatan kumpulan bagi tahun ini,” katanya yang turut memaklumkan Epic ditubuhkan pada 1981.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Dr Ts Muhtar Suhaili menyampaikan ucapan Majlis Menandatangani Memorandum antara EPIC Berhad dan 6 rakan strategik di Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 18 FEBUARI 2025.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan tujuh rakan perniagaan di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Industri dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman yang mewakili Menteri Besar.

Kerjasama yang terjalin meliputi pelbagai inisiatif strategik termasuk projek pembesaran pelabuhan, pembangunan infrastruktur gas asli cecair (LNG), pengurusan medan luar pesisir, perkhidmatan penyelenggaraan, penyelesaian penyahoperasian dan pembangunan bakat yang kesemuanya bertujuan mempercepat pembangunan sosio-ekonomi dan industri di Terengganu.

Antara MoU yang ditandatangani membabitkan EPIC dan E&H Energy Sdn Bhd untuk pajakan tanah bagi pembangunan terminal LNG Pelabuhan Kemaman.

EPIC OG Sdn Bhd (EOGSB), anak syarikat EPIC, dan Begas Energy Sdn Bhd menandatangani perjanjian kerjasama bagi perkhidmatan pemulihan terminal, penyelenggaraan dan pengubahsuaian di Sabah.

EOGSB, THREE60 Energy dan Saujana Upstream Sdn Bhd menandatangani perjanjian kerjasama berkaitan perkhidmatan pengurusan operasi medan (FOMS) untuk platform kepala telaga.

Sementara itu Mohd Nurkhuzaini pada sidang media berkata, kerajaan negeri menyokong penuh setiap projek dan pembangunan, khasnya yang dikelola oleh syarikat milik negeri kerana ia berperanan penting dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi tempatan. Bagi mereka yang ingin memahami lebih lanjut tentang pengaruh pembangunan ekonomi terhadap sektor perindustrian, mendapatkan bantuan dalam penulisan akademik boleh menjadi langkah yang berguna (ghostwriter masterarbeit “German”).

“Kami komited untuk memastikan setiap dasar kerjasama dan inisiatif yang dilaksanakan memberikan impak dan pulangan yang maksimum.

“Usaha ini penting untuk memacu pertukaran kepakaran, menarik pelaburan, membuka dimensi baharu dalam pembangunan bakat dan meluaskan akses pasaran,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here