Pengerusi Jawatankuasa HBIA 2025, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor bersama barisan NGO lain yang turut serta dalam penganjuran program itu.

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa (HBIA) yang disambut pada 21 Februari setiap tahun bertujuan untuk menghargai kepelbagaian budaya dan linguistik di seluruh dunia.

Bagi tahun ini, Majlis Sambutan HBIA akan dianjurkan lusa di Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Manakala karnival dan penyampaian hadiah bagi acara itu akan berlangsung pada 14 Jun di tempat yang sama.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa HBIA 2025, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor berkata, sambutan ini bukan sahaja menggalakkan penghormatan terhadap bahasa ibunda tetapi juga menekankan kepentingan pemeliharaan bahasa agar tidak pupus ditelan zaman.

“HBIA tahun ini membawa tema Multilingual Education is a Pillar of Intergenerational Learning.

“Kami berharap akan menerima lebih banyak penyertaan dari pelbagai latar belakang masyarakat terutamanya daripada kalangan orang Melayu.

“Sasaran kami adalah 150 orang yang akan datang pada majlis rasmi, iaitu pada 21 Februari ini dan 500 orang ke karnival pada 21 Jun nanti serta kemasukan bagi kedua-dua program adalah percuma” katanya dalam sidang media di KLSCAH, di sini, hari ini.

Program ini telah diperkenalkan UNESCO untuk mempromosikan kepelbagaian bahasa serta meningkatkan kesedaran terhadap tradisi linguistik masyarakat dunia.

“Hal ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan perpaduan global melalui persefahaman dan toleransi antara komuniti pelbagai bahasa,” tambahnya.

HBIA 2025 merupakan anjuran bersama beberapa NGO pertama iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Tamil Foundation Malaysia (TFM), Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JAOS), dan Dong Zong.

Tetamu kehormat yang dijangka hadir ialah Timbalan Menteri Kementerian Perpaduan Negara, Saraswathy Kandasasmi, wakil Kedutaan Bangladesh, Presiden IKRAM dan Pengerusi HBIA 2025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here