KUALA LUMPUR – Sabah FC kehilangan khidmat pemain import, Joao Pedro bagi baki saingan Liga Super musim kni.
Penyerang dari Brazil itu akan menyertai kelab Ho Chi Minh City FC secara pinjaman.
Kelab itu kini menduduki tangga kesembilan selepas 13 perlawanan kancah V League 1.
Pedro meninggalkan kelab Liga Super itu tiga bulan sebelum perjanjian yang dimeterai pada Ogos lalu berakhir.
Sang Badak menjelaskan, usaha memujuk penggempur itu sudah dibuat tetapi Pedro sudah membulatkan tekadnya.
“Kelibat Joao Pedro di Vietnam bukan asing lagi selepas setahun memperkuatkan Viettel FC.
“Dia yang masih berbaki enam perlawanan liga musim ini meninggalkan Sabah dengan koleksi tujuh jaringan dalam Liga Super sementara satu gol dalam Piala Malaysia,” kata kelab itu dalam satu kenyataan di media sosial. – MalaysiaGazette