Dua lelaki yang ditahan polis kerana terlibat kes curi motosikal di Jalan Lambak, Kluang semalam

KLUANG – Polis menahan dua remaja sekali gus menyelesaikan kes curi motosikal di Jalan Lambak di sini semalam dalam masa tidak sampai tiga jam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian tersebut dimaklumkan mangsa iaitu seorang lelaki motosikal miliknya hilang di jalan berkenaan pada pukul 4.43 petang.

“Susulan kejadian tersebut sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang melancarkan Ops Lejang pada pukul 6.30 dan 7 petang serta berjaya menangkap dua lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dua lelaki tempatan masing-masing berusia 17 tahun itu ditahan di Jalan Mersing dan Taman Kampung Majid di sini.

“Mereka tiada rekod jenayah. Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah,” ujarnya.

Hasil rampasan dalam serbuan tersebut katanya, pihak polis merampas sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC dan satu anak kunci Yamaha.

Tambahnya, kes disiasat bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh mengubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi IPD Kluang i07-7784222, direct hotline 07-7784256, hotline 07-776682 dan tablet DCC A015-3656822.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here