sekularisme DAP
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Sikap segelintir pihak yang didakwa lebih mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris pada majlis-majlis rasmi menyebabkan usaha memartabatkan Bahasa Melayu lemah.

Ahli Parlimen Marang (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang membangkitkan isu berkenaan dengan menganggap keadaan menjadi celaru sedangkan semua rakyat telah menerima bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Dalam majlis, orang putih ada tiga ekor je, yang orang kita (rakyat Malaysia) ni ramai, semua boleh bahasa Melayu, (tapi) cakap Inggeris juga. Surat rasmi, bicara di mahkamah, masih lagi (ada Bahasa Inggeris).

“Kita lihat bangsa lain pergi ke (sidang) PBB (Pertubuhan Bangsa Bersatu), pemimpin mereka berucap dalam bahasa sendiri. Pemimpin kita tidak, berucap dalam bahasa Inggeris. Kecuali negeri yang dijajah pemikiran, seperti Amerika Latin yang cakap Sepanyol, tempat Inggeris cakap Inggeris juga.

“Tapi negeri yang ada identiti, ada jiwa bangsa, cakap bahasa dia. Oleh sebab itu, memperkasakan bahasa kebangsaan ini sangat penting dan perlu disedari,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Malah menurut Presiden Pas itu, perkara tersebut turut dipamerkan yang mana papan tanda di bandar-bandar lebih menonjolkan bahasa asing berbanding bahasa Melayu, sekali gus mencerminkan kelemahan dalam usaha memperkasakan identiti kebangsaan.

“Bahasa Melayu ini bahasa rasmi. Dalam masa sama, kita tak larang belajar bahasa lain, boleh untuk tuntut ilmu.

“Tapi apa yang berlaku hari ini bercelaru, kedai-kedai di bandar-bandar semua bahasa ada, bahasa Melayu halus je, bahasa Inggeris besar,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here