Motosikal milik seorang lelaki meninggal dunia semalam selepas terlibat kemalangan di Batu 18 Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Selepas dua hari bertarung nyawa dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini selepas terlibat kemalangan di Batu 18 Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram kelmarin – mangsa seorang lelaki meninggal dunia semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kemalangan tersebut melibatkan kereta jenis Perodua Axia dan motosikal jenis Y15 ditunggang mangsa yang berusia 23 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku pada pukul 11 pagi kelmarin apabila kereta tersebut dipandu lelaki berusia 42 tahun datang dari pekan Ulu Tiram dan motosikal mangsa juga dari arah yang sama.

“Motosikal berkenaan cuba memotong dan telah terlanggar bahagian sisi kanan belakang kereta tersebut menyebabkan mangsa terjatuh di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke HSI untuk menerima rawatan.

Katanya, dia disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital berkenaan pukul 10 malam tadi.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kemalangan boleh disalurkan maklumat menerusi 07-3864222 bagi membantu siasatan dan pada masa sama menasihatkan pengguna jalan raya patuh undang-undang, kurangkan kelajuan dan pastikan jarak selamat antara kenderaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here