Keadaan pesawat Delta Air yang terbalik di Lapangan Terbang Pearson Toronto.

TORONTO – Sebuah pesawat Delta Airlines terbalik sebaik tiba di Lapangan Terbang Pearson Toronto, mencederakan 19 orang termasuk tiga dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Kejadian berlaku pada jam 3.30 petang semasa pesawat Mitsubishi CRJ-900LR itu dari Minneapolis dan membawa 76 penumpang serta empat anak kapal.

Video dari tempat kejadian menunjukkan pesawat tersebut terbalik di atas jalan yang bersalji. Toronto dilanda musim sejuk pada hujung minggu lalu.

Ambulans udara Ornge berkata, ia membawa seorang pesakit kanak-kanak ke hospital SickKids Toronto dan dua orang dewasa kritikal ke hospital lain di bandar itu.

Masih terlalu awal untuk menyatakan punca pesawat itu terbalik tetapi cuaca mungkin memainkan faktor.

Menurut Perkhidmatan Meteorologi Kanada, lapangan terbang itu mengalami salji dengan angin bertiup selaju 32 hingga 40 batu sejam dengan suhu kira-kira -8.6 Celsius.

Ketua Pegawai Eksekutif Safety Operating Systems in St. Petersburg, Florida, sebuah firma perunding keselamatan penerbangan berkata, sangat jarang untuk melihat sesuatu seperti ini.

“Kami telah melihat beberapa kes lepas tetapi kapal terbang terbalikagak jarang berlaku,” kata John Cox.

Cox, menjadi juruterbang selama 25 tahun dan telah mengusahakan penyiasatan NTSB, berkata, pesawat CRJ900 adalah pesawat yang telah beroperasi selama beberapa dekad dan melakukan kerja yang baik dalam mengendalikan cuaca buruk.

“Kejadian berlaku Ketika cuaca berangin. Angin bertiup dari barat pada 27 hingga 35 knot, iaitu kira-kira 38 batu sejam. Jadi berangin. Tetapi kapal terbang itu direka dan diperakui untuk mengendalikannya keadaan itu. Juruterbang juga terlatih dan berpengalaman untuk mengendalikannya,” ujarnya.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada akan mengetuai siasatan dan memberikan sebarang kemas kini.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan pula akan mengetuai pasukan penyiasat Amerika Syarikat untuk membantu dalam siasatan Kanada.

Ini adalah nahas penerbangan keempat di Amerika Utara sejak bulan lalu.

Pada 29 Januari lalu, sebuah pesawat jet komersial dan sebuah helikopter tentera bertembung berhampiran ibu negara pada 29 Januari, mengorbankan 67 orang.

Manakala pada 31 Januari lalu, sebuah pesawat pengangkutan perubatan terhempas di Philadelphia membunuh enam orang di dalamnya dan seorang lagi di darat dan 10 maut dalam nahas pesawat di Alaska.

Delta berkata, laporan awal setakat ini tiada kematian.

Endeavour Air, yang berpangkalan di Minneapolis, ialah anak syarikat Delta Air Lines dan pengendali pesawat CRJ-900 terbesar di dunia. Syarikat penerbangan itu mengendalikan 130 jet serantau pada 700 penerbangan harian ke lebih 126 bandar di A.S., Kanada dan Caribbean, menurut laman web syarikat itu.

CRJ900, sebuah jet serantau yang popular, telah dibangunkan oleh syarikat aeroangkasa Kanada Bombardier. Ia berada dalam keluarga pesawat yang sama dengan CRJ700, jenis pesawat yang terlibat dalam perlanggaran di udara berhampiran Lapangan Terbang Ronald Reagan pada 29 Januari. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here