MIAMI, Amerika Syarikat – Polis menahan seorang lelaki Yahudi pada Ahad lalu kerana disyaki cuba membunuh, sehari selepas beliau melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta dan berkata melihat dua warga Palestin di dalamnya.

Bagaimanapun, menurut polis, mangsa adalah dua lelaki Yahudi Israel yang sedang melawat Amerika Syarikat (AS).

Mangsa, Ari Rabey dan bapanya pada awal menyangka mereka menjadi sasaran anti-sematik.

Mordechai Brafman, 27, ditahan dan menghadapi dua pertuduhan cubaan membunuh selepas beliau melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta sebanyak 17 kali dengan menggunakan senapang semi automatik pada Sabtu lalu.

Polis berkata, tidak terdapat pertengkaran antara Brafman dengan dua mangsa sebelum kejadian, dengan mereka menyifatkannya sebagai bukan provokasi.

Menurut kertas pertuduhan, Brafman berkata, beliau ternampak ‘dua warga Palestin dan menembak serta membunuh kedua-duanya ketika sedang memandu trak’.

Kedua-dua mangsa tidak terbunuh. Tembakan suspek mengenai bahu kiri salah salah seorang mangsa manakala seorang lagi turut terkena tembakan.

Majlis Hubungan Islam Warga Amerika menggesa Brafman yang merupakan tukang paip dikenakan pertuduhan jenayah kebencian berikutan kesalahan besar yang dilakukannya itu.

Setahun lalu, beliau yang ditemu ramah media tempatan selepas melakukan vemdalisme ke atas sebuah kedai roti di Miami Beach, lapor media Israel.

Ketika itu Brafman menggesa supaya konflik antara manusia dikurangkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here