Penunggang motosikal yang merupakan jururawat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM, Nurul Ilham Nordin, 29 maut kemalangan selepas motosikalnya melanggar lori yang berhenti di bahu jalan di lebuhraya SILK ketika tinjauan di sekitar Kajang.

KUALA LUMPUR – Seorang jururawat maut setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di KM28.2 Lebuhraya Kajang Silk, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Supt. Shan Gopal A/L Gopal Krishnan berkata, siasatan mendapati mangsa yang berusia 29 tahun menunggang motosikal dari arah Cheras Jaya menghala ke tempat kerja.

“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai mangsa telah terlanggar belakang sebuah lori 3 tan yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah teknikal,” katanya menerusi kenyataan, hari ini

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menerima laporan mengenai insiden itu pada jam 2 petang, semalam

Menurut Shan Gopal, akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke sebelah kanan jalan dan digilis sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan kemudian dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Alza.

Penunggang motosikal yang merupakan jururawat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM, Nurul Ilham Nordin, 29 maut kemalangan selepas motosikalnya melanggar lori yang berhenti di bahu jalan di lebuhraya SILK ketika tinjauan di sekitar Kajang.

Tambah beliau, siasatan masih dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta menyalurkannya dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang atau menghubungi Insp. Mohamad Fadzil Zainol Abidin di talian 019-6488474. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here