Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 19 FEBRUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang disemak dan diteliti semula akan melaksanakan tiga hala tuju bagi penambahbaikan akta berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia termasuk kajian bagi mewujudkan mahkamah khas membabitkan kesalahan di bawah akta tersebut bagi mempercepatkan proses pendakwaan.

“Yang pertama 73 kesalahan di bawah SOSMA kita akan teliti untuk mencadangkan kesalahan jenis mana yang kita boleh pulangkan kepada mahkamah untuk ikat jamin berbanding sekarang tidak ada langsung ikat jamin melainkan wanita, kanak-kanak dan orang uzur.

“Kedua menimbangkan kewujudan mahkamah khas seperti mahkamah khas yang telah disenaraikan supaya membolehkan proses pengadilan di mahkamah itu berlaku dengan lebih cepat berbanding masa sekarang,” katanya di Dewan Rakyat.

Hala tuju ketiga adalah Seksyen 30 membabitkan penahanan sehingga selesai proses undang-undang yang membuktikan kesediaan kerajaan daripada status qou sekarang dengan tidak mengabaikan prinsip dan tanggungjawab menjaga keamanan negara.

Jelas Saifuddin, kewujudan mahkamah tersebut adaah bagi mengelakkan mereka yang ditahan SOSMA daripada menunggu terlalu lama serta menangani isu berkaitan jaminan.

Malah katanya, dapatan daripada jawatankuasa khas yang ditubuhkan akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

“Lagi cepat jawatankuasa ini menghasilkan dapatan, lagi cepat kita bentang. Kita ada sesi Julai hadapan.

“Biar itu menjadi satu garis masa untuk menunjukkan bahawa kesediaan kita sentiasa terbuka dalam menambah baik dasar perundangan, peraturan serta usaha bagi memperkasa aspek keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Sebelum ini, Saifuddin berkata, penilaian tersebut bertujuan memastikan undang-undang ini masih relevan dan sesuai untuk dalam usaha menangani jenayah terancang dan keganasan ekstrim serta memberi keseimbangan antara keselamatan negara dan hak asasi individu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here