Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 14 NOVEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan menafikan dakwaan bahawa jawatan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerap dijadikan ‘tempat buangan’ untuk menyisihkan panglima bertaraf tiga bintang.

Menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, proses pelantikan dan penempatan pegawai dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berlandaskan prinsip profesionalisme dan keperluan
strategik organisasi.

“Bagi jawatan Naib Canselor UPNM, proses pelantikan ini diputuskan di peringkat Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) dan diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Kementerian Pertahanan juga menegaskan bahawa setiap pelantikan jawatan kritikal seperti Naib Canselor UPNM adalah sebahagian daripada usaha strategik untuk meningkatkan keupayaan intelektual pertahanan negara melalui pendidikan,” jawab Khaled dalam jawapan bertulis, semalam.

Khaled berkata demikian mengulas kenyataan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah merah) yang ingin tahu sama ada benar tohmahan bahawa jawatan Naib Canselor UPNM kerap dijadikan sebagai ‘tempat buangan’.

Ikmal bertanyakan sama ada langkah itu bagi menyisihkan panglima bertaraf tiga bintang jauh daripada orbit kepimpinan markas perkhidmatan di ATM atau Kementerian Pertahanan.

Mengulas lanjut, Khaled berkata, pegawai yang dilantik ke jawatan ini bukan sahaja memiliki pengetahuan, pengalaman dan kepakaran yang tinggi, tetapi juga mempunyai tempoh perkhidmatan yang panjang sebagai asas penting untuk memahami budaya organisasi dan seterusnya merancang hala tuju strategik pertahanan.

“UPNM sebagai institusi pengajian strategik negara turut merekodkan bahawa Panglima Angkatan Tentera ke-20 pernah menyandang jawatan Naib Canselor,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here