KUALA LUMPUR – Kematian tiga pengunjung konsert ambang tahun baru, Pinkfish di Bandar Sunway berpunca daripada Stimulant Drugs Intoxication (dadah perangsang).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan laporan patologi hospital yang diterima pihaknya.
Bagaimanapun menurut beliau, laporan patologi seorang lagi mangsa yang meninggal dunia masih belum diperolehi.
“(Manakala) Seorang lagi mangsa masih berada di hospital dalam keadaan stabil tetapi memerlukan pemantauan rapi,” katanya menerusi kenyataan.
Katanya, sehingga kini seramai 53 orang saksi telah dirakam percakapan berhubung kejadian tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN
“Siasatan masih diteruskan dan akan dirujuk ke koroner setelah siasatan lengkap,” katanya lagi.
Sebelum ini, beliau berkata empat yang maut selepas menghadiri konsert itu dipercayai mengambil pil dadah jenis ekstasi.-MalaysiaGazette