RAKYAT Malaysia, Pannir dijadual menjalani hukuman gantung di Singapura, esok. - Foto: - SUMBER Aliran

KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Alilran Kesedaran Negara (Aliran) menggesa Malaysia menggunakan kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN untuk memperjuangkan pemansuhan hukuman mati di rantau ini.

Jawatankuasa Eksekutif Aliran dalam satu kenyataan berkata, hukuman mati terutama bagi kesalahan dadah tidak sejajar dengan standard hak asasi manusia antarabangsa dan trend global.

Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran).

Malah, jelasnya, semakin banyak negara juga telah memilih untuk memansuhkan hukuman mati.

Sejajar dengan pendirian itu, Aliran turut menggesa kerajaan berunding dengan Singapura melalui saluran diplomatik bagi memohon semakan segera dan menangguhkan pelaksanaan hukuman mati ke atas rakyat Malaysia, S.P. Pannir.

“Ketika rakyat Malaysia bergerak ke arah pemansuhan hukuman mati mandatori, kami menggesa kerajaan untuk campur tangan bagi pihak Pannir.

“Kes beliau menimbulkan persoalan serius tentang keberkesanan hukuman mati mandatori sebagai pencegah jenayah,” katanya.

Apatah lagi, menurut Aliran, sejak sabitan kesalahannya pada 2017, Pannir telah menunjukkan perubahan diri yang luar biasa.

Ujarnya, melalui karya kreatifnya termasuk lagu dan puisi yang ditulis dari penjara, Pannir telah menonjolkan kepentingan pemulihan dan peluang kedua.

“Setiap nyawa layak diberi peluang kedua,” katanya.

Sebelum ini, empat ahli Parlimen blok kerajaan turut merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan dalam kes hukuman mati Pannir yang dijadual dilaksanakan di Singapura, esok.

Pannir yang kini berusia 30 tahun disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati mandatori kerana bertindak sebagai penghantar dadah dengan membawa 51.84 gram heroin ke Singapura pada 2017 selepas ditahan di pos pemeriksaan Woodlands pada 3 September 2014. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here